Followers

Monday, October 01, 2012

home sweet home idea

 Nak hias rumah?
jangan lupa guna barang2 terbuang..
byk blh kite buat dengan brg terbuang tu..
Utk home sweet home kali ni aku guna botol terpakai n pewarna kuku yang dh x guna..
Nak di buang sayang.. So kepala ni mula la nak buat mcm2..
Botol tu aku dpt kat tempat kerja-botol ubat.. 
Selalunya di buang je botol2 tu semua so botol2 yang comel aku bwk balik n cuci bersih2..




Botol ni agak kecil..
So utk korang yang x dapat nak cari botol mcm ni jangan risau korang blh guna botol lain mcm botol kicap, sos, mayonis n lain2..
 Korang blh hias ikut kreativiti korang..
mcm aku buat ni simple je..
Dah siap boleh la korang letak yang tempat yang korang rase sesuai..
Aku letak botol2 yang comel ni kat tingkap tandas..
Tingkap tandas agak tinggi so sesuai sgt..
Selamat mencuba!


HAK CIPTA TEPERLIHARA OLEH SALMIZALEOMAMA-MIZA!!

SORRY AGAIN n AGAIN!

 
emm...
dh lame x update blog.. sorry k..
bkn x de mase tapi rase malas plak nak update blog ni..
klu bkk online pun bkk fb je n search internet tgk pe2 yang menarik..
Byk nak buat utk blog ni tau..
pe2 pun pokok pangkal mmg aku mlas nak bkk blog ni..
hehehheee.
sorry again...



HAK CIPTA TEPERLIHARA OLEH SALMIZALEOMAMA-MIZA!!

Thursday, July 19, 2012

Home Sweet Home Idea


Home sweet home...
Rumahku syurgaku...
lagi
n
lagi..

Kali idea utk deco peti ais yg dh lusuh warna dia..
Peti ais dua pintu ni aku dh pakai lebih kurang hampir 7thn tau..
so tempat untuk buka peti ais ni dh pudar warna dia masa dicuci.
Memamg buruk sgt la mate ni memandang warna yang pudar tu..
Puas aku fikir mcm ner nk buat..
Klu aku kuar mate aku ni mesti cari samething yang blh aku fikir untuk deco rumah aku ni..
Aku suka sgt dengan wall sticker, mcm home sweet home idea yang sebelum ni pun aku de guma wall sticker kan tpi kali ni aku guna toilet wall sticker plak.
Toilet wall sticker ni plastik lembut so senang nak tampal kt peti ais ni.. 
Aku kerat bahagi kepada dua bahagian so blh tampal atas dan bawah pintu peti ais ni..
De mcm2 design so korang blh pilih je yang mane korang suke..
Bukan ssh nak cari sticker ni.. skrg ni dh banyak jual..



Cantik tak?
Mesti la cantik kan..
Aku tahu korang mesti suke kan..


Safwan ni pun nak join jgk..
Suke sgt interframe muka tu...
; p

Selamat mencuba!!


HAK CIPTA TEPERLIHARA OLEH SALMIZALEOMAMA-MIZA!!

Tuesday, July 10, 2012

Adap menjaga makan dan cara makan mengikut islam

Islam hanya membenarkan penganutnya memakan makanan-makanan yang baik-baik dan menjauhi makanan yang keji, kotor dan memudaratkan. Allah memerintah di dalam al-Quran:-
"Wahai orang-orang yang beriman! Makanlah dari makanan yang baik-baik yang telah Kami berikan rezki kepada kamu dan bersyukurlah kepada Allah, jika betul kamu hanya beribadat kepadanya"
(al-Baqarah : 172)

"Ia menghalalkan bagi meraka segala yang baik-baik dan mengharamkan ke atas mereka segala yang keji"
(al-A'raf : 157)

1)Membaca Bismillah sebelum makan dan makan dengan tangan kanan.

Sabda Rasullah s.a.w. : "Bacalah Bismillah dan makanlah dengan tangan kananmu dan yang hampir kepadamu" ( Riwayat Bukhari dan Muslim)

Seorang sahabat bernama Umayyah bin Makhsyi r.a. menceritakan : "Rasullah s.a.w. sedang duduk dan seorang lelaki sedang menikmati makan di depan baginda. Beliau tidak menbaca Bismillah sehinggalah apabila makanan hanya tinggal sesuap sahaja lagi (barulah ia teringat), lalu ketika mengangkat suapan itu ke mulutnya ia membaca "Bismillahi Awwaluhu wa Akhiruhu". Lalu Rasullah s.a.w. ketawa sambil bersabda ; (Dari ia mula makan, Syaitan telah makan bersamanya. Namun ketika dia menyebut nama Allah, syaitan terpaksa memuntahkan segala isi perutnya".
(Riwayat Abu Daud dan an-Nasai)

Berkata Ibnul-Qayyim al-Jauziyah; "Menbaca Bismillah di permulaan makan dan minum dan mengucapkan al-Hamdulliah di akhirnya memberi kesan hebat terhadap manfaat makanan dan menolak kemudaratannya".
(Zabul-Ma'ad, jil 4, hlm 232)

2) Jangan makan dan minum berlebihan.

Allah berfirman; "..dan makanlah serta minumlah, dan jangan pula kamu berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak suka orang-orang yang berlebih-lebihan(membazir)".
(al-A'raf : 31)

Rasullah s.a.w. bersabda; "Tidak ada kantung yang dipenuhi oleh anak Adam yang lebih buruk dari perutnya. Cukuplah seorang anak Adam itu makan dengan kadar beberapa suap makanan untuk menegakkan tulang sulbinya. Jika tidak dapat dielak, maka jadikan 1/3 dari kantung perutnya untuk makanan, 1/3 untuk minuman dan 1/3 bagi untuk pernafasan".
(Riwayat imam an-Nasai, Ibnu majah dan at-At-Tirmizi dari al-Miqdam bin Ma'diyakrib)

menurut Ibnul-Qayyim, menikmati makanan itu ada tiga tahap iaitu tahap keperluan, tahap mencukupi dan tahap lebihan. Tahap pertama(keperluan) ialah makan sekadar beberapa suap untuk mengekalkan kekuatan badan. Tahp kedua(mencukupi) ialah makan sehinggan 1/3 bahagian perut. Tahap ketiga(lebihan) pula ialah makan melebihi had 1/3 tersebut. Menurut beliau; memenuhkan perut dengan makanan akan mendatangkan mudarat kepada hati dan badan.
(Zadul-Ma'ad, jil 4, hlm 18)

3) Duduk dengan betul.

Duduk dengan betul membantu proses penghadaman. Terdapat dalam hadis menceritakan; "Sesungguhnya Rasullah s.a.w. melarang seseorang makan sambil ia meniarap".
(Riwayat Ibnu Majah, abu Daud dan Nasai dari Abdullah bin Umar r.a)

4) Jangan tidur selepas makan.

Terdapat dalam hadis; "Rasullah s.a.w. melarang tidur selepas makan dan sesungguhnya perbuatan itu mengeraskan hati".
(Riwayat Abu Nu'aim, Zadul-Maad, jil 4, klm 223)

Terdapat hadis mneyebutkan; "Hancurkan makanan kamu dengan solat dan janganlah kamu tidur selepas makan, nescaya hati kamuakan keras"
(Riwayat Imam at-Thabrani dan Ibnu sunni dari Aisyah r.a.).

5) Jangan bernafas ke dalam bekas minuman.

Abu Said al-Khudri menceritakan; Rasullah s.a.w. melarang minum dari bekas yang pecah dan melarang bernafas di dalam bekas air"
(Riwayat Abu Daud)

Abu Qatadah r.a. menceritakan; "Rasullah telah melarang seseorang bernafas dalam bekas minumannya".
(Riwayat Bukhari dan Muslim).

6) Jangan dihabiskan minuman dengan satu teguk.

Rasullah s.a.w. bersabda; "Janganlah kamu minum dengan satu teguk seperti cara minumnya unta. Akan tetapi minumlah dengan dua atau tiga teguk. dan sebutlah 'Bismillah' bila kamu hendak minum dan katalah 'Alhamdulillah' bila kamu selesai".
(Riwayat Tirmizi)

7) Janhan gopoh-gapah ketika makan atau minum.

Ketika makan atau minum hendaklah dalam keadaan tenang dan tidak gopoh atau gelojoh. Sabda Rasullah s.a.w.; " Apabila kamu minum air, minumlah dengan lembut dan perlahan-lahan dan janganlah meneguknya secara kasar(secara sekaligus tanpa henti hingga kenyang) kerana ia boleh mendatangkan sakit dada". 
(Riwayat Imam ad-Dailami dari Saidina Aki r.a.

8) Makan secara berjemaah.

Rasullah s.a.w. bersabda; "Makanan yang paling disukai Allah ialah yang banyak tangan (yakni dimakan beramai-ramai)". 
(Riwayat Imam abu Ya'la, Ibnu Hibban dan al-Baihaqi dari Jabir r.a.

9) Jangan biarkan makanan terdedah.


Hendaklah menjaga kebersihan makanan dan minuman. Janganlah biarkannya terdedah kepada debu-debu, seranga-seranga atau udara terbuka kerana ia boleh mendatangkan penyakit. Sabda Rasullah s.a.w.; "Tutuplah wadah(yakni bekas makanan, ikatlah bekas minuman(botol air atau sebagainya), kuncilah pintu-pintu rumah dan padamkanlah lampu kerana sesungguhnya syaitan tidak boleh membuka simpul bekas minuman, tidak boleh membuka pintu dan tidak berupaya membuka wadah makanan. Jika seorang dari kamu tidak menemui sesuatu untuk menutup makanan makanannya melainkan dengan melintangkan kayu di atasnya dan membaca Bismillah, maka hendaklah ia melakukannya...".
(Riwayat Imam Muslim dan Ibnu Majah dari Jabir r.a.

10) Jangan makan makanan yang masih panas.

Ketika minum seelok-elok air itu dalam keadaan suhu sederhana iaitu tidak terlalu panas atau terlalu sejuk kerana minuman yang terlalu panas atau terlalu sejuk boleh menjejaskan kesihatan. Juwairiyah r.a. menceritakan; " Nasi s.a.w. tidak suka memakan makanan yang panas hinggalah kepulan asapnya(yakni telah menjadi sejuk)".
(Riwayat Imam at-Thabrani).


HAK CIPTA TEPERLIHARA OLEH SALMIZALEOMAMA-MIZA!!

special menu - sup tulang simple


SUP TULANG


Awal bln aritu aku de blik kg pahang.. mase blik ibu selongkar peti ais dia coz nak bgi tulang lembu ni kat aku.. Actually  aku x thu nak msk tulang ni.. di sebabkan ibu dh penat2 selongkar peti ais dia so aku terima jgk la.. Dh seminggu lbih aku smpan dlm peti sejuk aku..
10 July 2012 baru aku free coz cuti pas kje mlm..
Aku pun search  la nak cari resepi utk msk tulang ni..
Yang paling simple buat sup tulang la...
Jom kite same2 belajar msk sup tulang..

SUP TULANG SIMPLE

Bahan-bahan:-
-1 kg tulang lembu yang telah di cincang( saiz ikut suka)
-2 biji bawang putih
-4 biji bawang merah
-1 inci halia
-1 peket rempah sup adabi
-2 bungkus sup bunjut adabi
-daun bawang dan daun sup - hiris halus
-Garam secukupnya

Bahan untuk goreng
-rempah 4 sekawan(kayu manis,buah pelaga, bunga cengkih, bunga lawang)
-1 biji bawang putih - hiris
-2 biji bawang merah.- hiris

Cara Menyediakan:-
-rebus tulang sehinggah empuk(saye rebus >< 5jam baru empuk)
-Apabila hampir empuk masuk sup bunjut
-Sementara itu kisar bawang putih, bawang merah n 1 peket rembah sup adabi. Masuk ke dlm rebusan apabila daging tulang empuk.
-Setelah itu goreng semua bahan untuk digoreng dengan sedikit minyak hingga kekuningan. Bila kekuningan curah bahan goreng ke dalam sup sekali dengan minyak nye
-Masukkan garam secukupnya, daun sup dan daun bawang..
-SEdia untuk dihidang..





HAK CIPTA TEPERLIHARA OLEH SALMIZALEOMAMA-MIZA!!

Special menu - Blackpaper chicken chop

Blackpaper Chicken Chop


6 july 2012 aritu aku de post gmbr ni dlm fb, special menu utk aritu for my hubby.. Black paper chicken chop ni mmg favorite my hubby..
So sbgai isteri msti la kne belajar mcm ner nak buat. Klu beli kt kdai mkn pun harga dia blh thn, kdg2 rase dia x mcm kita inginkan..
Yang ni 2nd tryer aku buat. Mmg menjadi and my hubby suke sgt2.. 
Terbaik..
Lepas aku post gmbar ni dlm fb ramai mntak resepi.. Ramai yang terliur di buatnye. Bab mkn ni x blh kedekut ilmu tau..
Jom share resepi...

Ni 1st tryer aku.. ok la... menjadi jgk
X nmpak sesedap chicken chop kat atas tu kan..

Resepi ni untuk dua org makan ok...

 CHICKEN CHOP

Bahan-bahan:-
- 2 kepingan isi ayam(saye amik isi bahagian drumstic yg di buang tulangnye)
-1 sudu kecil serbuk lada hitam.
-sedikit lada sulah
- sedikit serbuk cukup rasa maggie(klu xde bbh garam)
-1 biji telur
-serbuk roti
-tepung goreng rangup(bran pe2 pun blh

Cara Menyediakan:-
-Perap ayam dengan serbuk lada hitam, lada sulah n serbuk cukup rasa untuk 15-20 minit.
-Sementara itu, panaskan minyak dalam kuali.
-Setelah ayam di peram pecahkan telur ke dalam ayam tadi. Kacau sebati. 
-Dalam bekas yang berasingan campurkan serbuk roti dengan tepung goreng rangup.
-Kemudian gaulkan ayam dengan campuran tepung dengan rata.
-Apabila minyak panas, masukan ayam dan goreng hingga kekuningan. Angkat dan toskan minyaknya.

SOS LADA HITAM

Bahan-bahan:-
-1 ulas bawang putih - dicincang halus
-2 ulas bawang merah - dicincang halus
-1 sudu besar lada hitam - ditumbuk separuh hancur.
-1 sudu besar sos tiram.
-1sudu kecil kicap pekat (blh tmbah/kurang mengikut warna sos yang korang nak)
1 sudu kecil herba campur(mix herb) Saye x taruk cox xde
-1/2 kiub stok ayam
-2 sudu besar mentega
-1 sudu besar tepung gandum
-2 sudu besar tepung jagung.
-5 ketul cendawan butang - dihiris
-200ml air 

Cara Menyediakan
-Cairkan mentega dan masukkan tepung gandum, kacau rata. Gunakan api sederhana.
-Masukkan bawang putih dan bawang merah, tumis hinggan naik bau. Kemundian masukkan stok ayam dan tuang air. Biarkan mendidih.
-Apabila mendidih, masukkan sos tiram dan kicap pekat. Kacau perlahan-lahan hingga sebati. 
-Masukan herba campuran, lada hitam dan cendawan butang. Kacau sehingga warna bertukar coklat keperangan.
-Untuk memekat sos, masukkan tepung jagung yang dibancuh dengan sedikit air. Biarkan sehingga sos bertukar menjadi pekat dan sedikit hitam.


KENTANG PUTAR

Bahan-bahan:-
-5-6 biji kentang
-2 sudu besar butter cair
-1 sudu besar mayonis
-2 sudu besar susu segar(saye bubuh susu sejat je)
-sedikit serbuk lada hitam
-garam.

Cara menyediakan:-
-Kupas kulit kentang dan potong 4
-rebus hingga empuk dan toskan
-satukan semua bahan dan lenyek hingga lembut dan gebu.

SOS GRAVY/ SOS KENTANG PUTAR

Bahan-bahan:-
-650ml air
-5 sudu besar stok ayam(brand maggi)
-1 biji bawang besar(dicincang)
-1 batang saderi (dicincang)
-40g mentega
-20g tepung gandum (bancuh dgn sedikit air)
-1 sudu besar sos tomato
-1 sudu besar sos tiram
-sedikit blackpaper
-sedikit kicap pekat

Cara Menyediakan:-
-Masak air dengan stok ayam,saderi dan bawang besar hingga mendidih. Renih dalam 15 minit. Tapis dalam mangkuk.
-Masukkan semula air rebusan tadi ke dalam periuk, masuk butter,sos tomato, sos tiram. Kacau sebati dan masukkan blackpaper.
-Kecilkan api- masukkan tepung gandum yang telah dibancuh dengan sedikit air tadi.
-Kemudian tapis sekali lagi untuk elak berketul-ketul.
-Masak hingga pekay mengikut kepekatan yang disukai.

COLESLOW

Bahan-bahan:-
-kubis - dicincang/dihiris halus (saye suke hiris halus)
-lobak - dicincang/dihiris halus
-serbuk lada hitam
-sos salad thousand island lady's choice.
Klu x de sos salad ni blh guna mayonis biasa + yoghurt.
gambar-google imej


Cara Menyediakan:-
-Satukan semua bahan hingga rata.
-Pastikan sayur yang digunakan ditos hingga kering, jika basah menyebabkan coleslow kita berair.


HAK CIPTA TEPERLIHARA OLEH SALMIZALEOMAMA-MIZA!!

Monday, July 09, 2012

Home sweet home idea

Home sweet home..
Rumahku syurgaku...

Otak aku ni x pernah kering nk buat mcm2 utk umah ni... Masalah nye kekangan masa n anak2 je..
Utk dinding dlm master bedroom aku beli bubble wall sticker ni coz design dia simple n nice..
Aku beli yang murah je... But masalah sikit bile nak tanggalkan pelekat dia so de yang koyak.
Yang koyak tu sayang plak nak buang n aku dpt la idea ni.. Lebih yang koyak tu aku tampal kat plug n suis..





Suke x?
Cantik kan...
Bukan susah pn klu nak umah kita ni cantik n sedap mate memandang...
Harap idea aku ni korang suke n korang blh buat coz senang sgt2 nak buat tau..
Yang penting cari wall sticker yang cantik la...


Untuk arini, ni je home sweet home idea yang aku blh bagi..
De lagi tpi next time ok...
Tunggu.....


HAK CIPTA TEPERLIHARA OLEH SALMIZALEOMAMA-MIZA!!