Followers

Saturday, January 28, 2012

Jangan Salahkan Ibu Mengandung!!!

Ha...
Best x tajuk entri aku kali ni..

Orang selalu ckp perangai bb tu ikut perangai ibu dia msa mengandung?
Aku sndiri pun x thu jawapan dia..
Entah la...

Setahu aku pemakanan ibu, emosi, tekanan persekitaran, kesihatan ibu mmg la mempengaruhi bayi dalam kandungan. Tapi klu perangai/tabiat ibu tu x tahu la plak..




Nak tahu nape aku tulis entri kali ni..
Coz bb syahir masa mndi dia akan nangis semahu mahu dia.. Bising 1 rumah ni di buat nye tau sampai jiran sebelah umah pun blh dengar.. Pastu mula la org cakap "Ni mesti sebab ibu dia takut mandi masa mengandung bab tu la anak dia takut air masa nk mandi"
Mmg la x betul...







Ha.... Tengok gambar kat atas ni.. Muka bb syahir asyik berkerut je dahi dia macam org banyak masalah kan?
Mmg emosi aku masa mengandung mcm dahi bb syahir yang b'kerut tu..
Strees nak trnfer la, strees kje, kne tggl kat penang dgn safwan berdua je hampir 2 mggu coz my hubby dh tranfer KL dulu sblm aku dpt tranfer, kete aku selalu meragam n kne handle sendiri.. 
Em... Macam2 la...
Tu la sbb muka kerut seribu tu...

so bab perangai tu jangan la nak salahkan ibu mengandung tau.. Cian kt ibu mengandung tu..



HAK CIPTA TEPERLIHARA OLEH SALMIZALEOMAMA-MIZA!!

Wednesday, January 25, 2012

Can U Be Allegic To Wearing Flip Flops????





Flip flop????
Ape tu??????

Ha sape nak thu??
Flip flop tu name glamor nye kt malaysia ni- Selipar Jepun la....
Klu nak tahu lbh lanjut ttg flip flop ni klik di sini

Balik semula pada tajuk kita.. 

Jawapan dia ialah YA..

Sape sangka kn..
Aku pn suka pakai flip flop ni coz simple n senang nk pakai.. Jgn la pakai mcm selipar jepun tu mmg la x patut.. Skrg ni byk pilihan yg blh kita pilih.. 
Tapi b'hati2 la... Terutama kpd org yg elergi pada bhn getah/latex..

Berdasarkan kepada Dr Nanette Silverberg- Director of pediatric and adolescent dermatology di Beth Israel Medical Center di New York 
"The burning sensation is most likely due to allergies to the rubber on the shoes or to the chemical components used to break down the rubber in the shoes"
It is Probably not due to chemicals in the shoes because then many more people would have had the reaction. Dr Nanette Silverberg explains that it is probably a rubber reaction which is not as severe as a latex reaction. These particular reactions were self-contained(it remained right where the rubber toucher the feet), whereas, latex reactions can lead to more serious reactions, such as hives and anaphylaxis.

Ha... translate la sendiri... Hehehhe...

Nak thu lbih tgk la gmbr kt bwh ni..







 Seram x?





HAK CIPTA TEPERLIHARA OLEH SALMIZALEOMAMA-MIZA!!

Monday, January 16, 2012

Penjagaan Tali Pusat Bayi



Hari ini genap 2 mggu usia bb syahir..
Akhirnye tali pusat bb syahir tanggal jgk..
Mmg lambat, x mcm safwan ari ke 6 tali pusat dia dh tanggal..
2 kali s'hari aku cuci tali pst bb syahir spy cpt skit tali pst dia tggl..
Jom kite kongsi tip penjagaan tali pusat bayi...


Tali pusat bayi baru lahir berwarna putih kebiruan.. Selepas kelahiran tali pusat akan dipotong hingga tinggal kira-kira 1-2inci. Tali pusat yang tinggal itu akan kering dan kerepot serta gelap dan akan jatuh dengan sendiri selewatnya dalam 3 minggu.. 

Cara Penjagaan

1- Pastikan ianya bersih.
- Bersihkan dengan 'spirit' yang dibekalkan olah pihak hospital.
- Pastikan tangan anda bersih dan bebas dari kotoran dahulu sebelum mengendalikannya.. Pegang dengan jari hujung tali pusat/clamp dan lap kering menggunakan bebola kapas. Bagi kawasan yang agak dalam anda boleh menggunakan cotton bud.

2- Biarkan ia kering.
- Dedahkan tali pusat untuk pastikan ia kering dari akar iaitu kawasan yang bersambung dikulit.
- Pastikan lampin bayi tidak menutupi tali pusat.
- Sekiranya basah terkena air kencing cuci dengan segera dan lap kering..

3- Biarkan ia gugur dengan sendiri.
- Cuba untuk bendung keinginan untuk menarik tali pusat walaupun ia terjuntai seperti seurat benang..

4- Jangan sapu sebarang ubat-ubatan tanpa nasihat Doktor..

Tanda-Tanda Jangkitan

Semasa tempoh pemulihan agak normal sekiranya tali pusat kelihatan keras atau terdapat darah kering padanya tetapi jika terdapat tanda-tanda seperti dibawah anda disarankan membawa bayi berjumpa doktor dengan segera.

- Kelihatan kemerahan dan bengkak
- Berdarah tanpa henti
- Keluar nanah
- Mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan
·       
 3.    




HAK CIPTA TEPERLIHARA OLEH SALMIZALEOMAMA-MIZA!!

Saturday, January 14, 2012

Entah.. x thu nk bgi tajuk pe utk entre kali ni ;P


Dah hampir seminggu b'pantang...
Alhamdulillah...
Bb syahir mcm abg dia jgk x bnyk ragam.. X mcm s'setengah bb yang mlm buat ragam x tido, kembong la n ibu plak kne la b'sengkang mata siang n mlm smpai mata pn dh jdi mata panda..
Nsib aku baik coz di kurniakn bb yg x m'ragam.. Siang b'jaga pastu tido, celek mata nk m'yusu je.. Mlm lak just bangun utk menyusu je.. Tu pn bangun s'tiap 3jam s'kali.. X la penat sgt..
Org akan ckp baik nye bb ni.. Tido je...

Skrg musim hujan cian bb syahir k'sejukan.. Bju utk dia mmg aku x bli pun just gna bju lame abg dia je.. Msa b'pntangkn safwan musim pns so bju dia byk bju singlet je n bju lengan pnjg mmg kurang so skrg bb syahir la cian- x kn nk pkai bju singlet sjuk2 ni...
Em.. nsib baik de org bgi hadiah bju bb lengan pnjg..
Tq....

Skrg Safwan n bb Syahir tgh tido so skrg aku blh la online.. Hehehehe...
My hubby plak skrg thg siap2 b'kemas nak blik ke Btg Kali coz esok dh start kje..
1st ingat nk srh my hubby bwk blik safwan s'kali coz aku tkut x blh nak handle k'dua2 anak k'sayangan aku ni.. Tapi bile d fikirkan, x sampai hati plak nk b'pisah dgn Safwan.. Aritu admit kt wad 5 ari pn aku dh rindu sgt2 kat Safwan tu....
 Tu la kasih ibu...



HAK CIPTA TEPERLIHARA OLEH SALMIZALEOMAMA-MIZA!!

Wednesday, January 11, 2012

Mandikan Bayi Anda!!!




Banyak cara ibubapa boleh berkomunikasi dengan bayi yang baru lahir. Satu cara yang paling baik ialah melalui sentuhan. Masa mandi memberi kesempatan untuk memegang, menyentuh dan dengan itu menjalin kemesraan. 
Mandi kali yang pertama mungkin menimbulkan keadaan tidak kena bagi kedua2 pihak. Bayi mungkin meragam dan anda pula mungkin rasa tidak yakin.
Tetapi lama kelamaan nanti semua ini akan lenyap sebaliknya ia akan berganti menjadi saat2 yang menyeronokkan....

Diharap tip dibawah ni dapat membantu anda...

1- Persediaan Barang-Barang Untuk Mandian

- Tab/Besen mandi bayi(diisi dengan air, suhu air biarlah selesa-suam2 kuku)
- Sehelai tuala besar yang lembut n bersih
- Sehelai tuala muka lembut
- Bebola kapas
- Syampu bayi
- Mandian bayi
- Minyak bayi/ losyen pelembap
- Bedak bayi
- Sepersalinan pakaian dan lampin 
- Selimut
- Berus rambut/sikat lembut
- Pembersih tali pusat

Barang2 di atas hendaklah disediakan sebelum kita memandikan bayi untuk elak kelam kabut kerana sesetengah bayi akan menangis ketika dimandikan..

2-Masa Yang Sesuai Untuk Mandikan Bayi

- Pilihlah masa yang sesuai dan pilih masa yang sama setiap hari
- Semasa memandikan bayi anda sepatutnya tidak ada gangguan dan berasa senang hati.
- Elak mandikan bayi ketika bayi terlalu kenyang kerana bayi mungkin akan muntah ketika mandi
- Pastikan suhu persekitaran yang selesa- tutup kipas/tinggikan suhu penghawa dingin untuk elak kesejukan

3- Cara Mandikan Bayi Anda

Bercakap dengan bayi
- Bercakaplah dengan bayi anda utk memberi sedikit ketenangan
- Tanggalkan pakaian dan balut badan dengan tuala.
- Jangan tanggalkan lampin dahulu

Cuci Muka Bayi
- Mulakan dengan membersihkan muka bayi.
- Basahkan bebola kapas dengan air suam yang bersih
- Gunakan bebola kapas yang berlainan untuk setiap mata- Kesat dari sudut sebelah dalam membawa ke    luar.

- Kemudiaan kesat sekeliling mulut dan lap muka bayi dari bahagiaan tengah membawa ke luar- beri perhatiaan kpd bahagian di sebalik telinga dan lipatan di leher

Cuci Rambut Bayi
- Dengan bayi masih berbalut dengan tuala, Kendong bayi dengan cara memegang tengkuknya sambil menyokong kepalanya dengan tangan dan badannya dengan lengan.
- Rujuk gambar di bawah


- Basahkan rambut dengan sebelah tangan yang lain dan lumurkan rambutnya dengan sedikit syampu bayi.
- Perlahan2 urut seluruh kepala

- Bilas syampu dengan rapi supaya betul2 bersih

- Baringkan bayi dan kesat kepalanya perlahan2 hingga kering

Bersihkan Badan Bayi
- Tanggalkan tuala dan lampin
- Jika bayi membuang air besar cuci punggungnya dahulu sebelum masukkannya ke dalam tab
- Pastikan suhu air di dalam tab adalah suhu yang sesuai- blh rasa dengan siku anda sebelum meletakkan bayi anda ke dalam tab mandian bayi

- Masukkan bayi dalam tab menggunakan pegangan/cekak yang selamat.


- Sebaik sahaja masuk dalam air kaki bayi bolehlah dilepaskan tetapi tangan anda yang sebelah lagi mestilah memegang bayi di bahagian lengan nya
-Rujuk gambar di bawah

- Gunakan tuala muka untuk membersihkan bayi.
- Pastikan semua lipatan kulit dicuci.

- Semasa mengeluarkan bayi dari tenpat mandi hendak lah diingatkan badannya basah dan licin jadi kuatkan pegangan anda
- Balut badan bayi dengan tuala segera dan lap hingga kering

Jagaan kulit bayi
- Sebelum berpakaian sapukan losyen untuk melembapkan kulit bayi supaya memberi lebih keselesaan.
- Inilah masa untuk menyentuh dan membelai bayi dengan mesra

- Tuangkan bedak di tangan anda dahulu sebelum di sapukan perlahan2 di kulit bayi.
- Jauhkan dari bayi semasa menuang bedak untuk mencegah talkum disedut oleh bayi.

Jagaan Tali pusat
- Basahkan bebola kapas dengan spirit dan bersihkan di sekeliling pangkal tali pusat.
- Spirit akan mengeringkan tali pusat. Jika kawasan tersebut sentiasa kering maka lebih cepatlah tali pusat akan tanggal.

Lampinkan bayi
- Sapukan losyen, krim atau bedak cornstarch pada punggung bayi supaya terhindar dari basah dan ruam lampin.

Kemaskan Rambut dan pakaikan pakaian
- Pakaikan bayi anda dengan salinan pakaian yang telah anda sediakan
- Sekarang boleh lah kemaskan rambut bayi dengan berus rambut.

Panduan Tambahan
- Bagi bayi perempuan cuci bahagiaan sulit dari depan ke belakang
- Jangan sesekali meninggalkan bayi anda sendiriaan

NIKMATILAH PENGALAMAN INI...










HAK CIPTA TEPERLIHARA OLEH SALMIZALEOMAMA-MIZA!!

Tuesday, January 10, 2012

Introducing My 2nd Baby

Yehhhh....

Tepat jam 4.10am 2/1/2012 my baby kuar ke alam baru...
Mmg pandai cantik x tarikh dia..
My hubby smpat blik n ade di saat bb kuar..
 Alhamdulillah....
Amin.....
Kami namakan bb Muhammad Rizqullah Syahir..
Nama depan same mcm abg dia just tkr name blkg je..
Syahir b'maksud Yang Mahsyur.
Kali aku dpt pengalaman bru mse melahirkan bb syahir.. X s'perti bb safwan aku m'lahirkan bb syahir s'cara normal.. Merasa jgk aku azab perik m'lahirkn bb s'cara normal ni.. Tu la p'galaman yang amat b'makna..
Sejak t/ari aku rasa sakit tpi aku thn coz sakit x kuat sgt smpai kul 12 bru aku g hosp coz sakit dh mkin kuat.. Msuk blik b'salin kul1 n my hubby smpai kul 2.30am..
Mcm bb safwan, bb syahir pn kne thn kt Nicu s'lama 5 ari utk observasion.. Aku plak ari ke2 blh discaj.. Tpi aku x blik umah coz ssh nk bgi breast feeding so aku kne ddk kt Nicu sme2 dgn bb syahir.. Kt Nicu tu  de katil utk ibu yg nk stay sme2 dgn bb..
Syukur sgt2 coz bb syahir ok je. Just kne phototherapy skjp x smpai 1 ari pn. Ujian drh ok je tpi dktor ckp nmpak de kuning skit..























HAK CIPTA TEPERLIHARA OLEH SALMIZALEOMAMA-MIZA!!

Saturday, December 31, 2011


Selamat tggl 2011 and selamat datang 2012...
Just tggl beberapa jam je nk smbut new year..

My 2nd bb ni pun x mau kuar lgi maybe dia tggu new year kot bru nk kuar.. Anak ibu mmg bijak kan.. Mgg pandai..
My hubby plak esok dh start kje, nk smbung cti pun x dpt coz org kje x ckup-dh tntu la new year ni sape x cti kn.. 
Harap2 nnti bile aku nk b'salin smpat la my hubby blik teman aku... Amin...


 *********************************************************************************
Greeting of the New Year
Wishing you all success in the next,
Hope the season finds you in the good cheer.
A hope for one would family,
 From ours to yours...
*******************************************************************
If it didn't bring you joy
just leave it behind
Let's ring in the new year
with good things in mind.

Let every bad memory
that brought heartache and pain
And let's turn a new leaf 
with the smell of new rain.

Let's forget past mistake
making amends for this year
Sending you these greetings
to bring you hope and cheer

**********************************************************************************



HAK CIPTA TEPERLIHARA OLEH SALMIZALEOMAMA-MIZA!!