Followers

Tuesday, April 12, 2011

Pemeriksaan Sendiri Payudara (PSP) ..



Aku mmg dh lama nk kongsi tips ni tpi byk aku kne cri maklumat  utk aku kongsi, nnti slh mklumat plak.. 
Pemeriksaan Payudara sndiri PENTING!! sgt tau.. Adalah langkah pertama kita utk mengesan kanser payudara.. Semua org thu kanser payudara adalah pembunuh no1 kaum wanita selepas kanser servic..
Aku dh b'khidmat hmpir 5 thn ni mcm2 kisah aku yg dpt tntang kanser p/dara ini.. Kdg2 aku pelik n hairan knp s'seorg tu sanggup mmbiarkn p/dara dorang m'busuk n berulat.. Berulat tau aku x tipu.. Ape yg dorang rase?? Aku sndiri pn x thu la.. 


Risiko kanser payu dara di kalangan wanita adalah 1 bagi setiap 8 orang.
95% wanita yg dpt mengesan kanser p/dara pda peringkat awal dpt di selamatkan dan lebih besar peluang untuk rawatannya berjaya.. So kita kne la ksn lebih awal.. siapa kata kanser x dpt diselamatkan.. Payudara yang sihat mempunyai pelbagai saiz, bentuk dan tekstur.Untuk mengesan perubahan yang berlaku pada payudara anda, pemeriksaan payudara sendiri (PSP) keperluan utama. 



APA ITU PSP?

PSP adalah pemeriksaan payudara oleh anda. PSP membolehkan anda mengenali payudara sendiri. 



BILE KITA HARUS LAKUKAN PSP?
  • Dilakukan seawal usia 20thn..
  • lakukan secara tetap dan b'kala.
  • lakukan setiap bln (5-10hari selepas kedatangan haid)
  • Jika sudah putus haid ataupun telah membuat pembedahan pembuangan rahim (histerektomi) ataupun untuk kaum lelaki, PSP patut dibuat pada hari (tarikh) yang sama setiap bulan. Hari yang senang diingati adalah hari pertama setiap bulan.

TANDA2 YANG PERLU DIPEHATIKAN!!
  • benjolan di payudara atau ketiak.
  • perubahan luarbiasa tekstur, bentuk, saiz payudara seperti besar sebelah.
  • kulit payudara berkedut(seperti kulit buah limau)dan bertukar warna kemerahan.
  • puting payudara tertarik ke dalam
  • pendarahan atau lelehan luarbiasa dari puting payudara
  • sakit pada p/dara.




CARA MELAKUKAN PALPASI/URUTAN 

  • Spiral or Ring(A) - Making circle,from outer breast to the nipple.
  • Vertical(B)          - covering the entire breast
  • Wedge(C)          - in and out or "quandrants




BAGAIMANA MELAKUKAN PSP
  • BERDIRI DIHADAPAN CERMIN.
Tanggalkan pakaian pada paras pinggang and berdiri di hadapan cermin. Angkat kedua-dua tangan ke atas. Perhatikan saiz, bentuk, kulit dan keseimbangan payudara daripada beberapa sudut. Tangan sekarang diletak di sisi badan. Pusing ke kiri dan ke kanan dan memerhati payudara sekali lagi.  Selepas ini, memerhatikan payudara apabila menegangkan otot bahagian dada dengan mencekak pinggang dan menolak ke bawah.



  • BERBARING

Untuk memeriksa payudara kanan, letakkan bantal di bawah bahu kanan. Ini adalah untuk menaikkan bahagian yang akan diperiksa. Kemudian letakkan tangan kanan di bawah kepala. Ini akan “menaikan/meninggikan” payudara yang lebih “leper” dan kurang bergerak semasa pemeriksaan dibuat.  
Gunakan tangan kiri untuk memeriksa payudara sebelah kanan. Gunakan tapak jari (finger pads) untuk menekan secara sistematik seluruh payudara. Pastikan tapak jari adalah selari dengan permukaan kulit payudara. Kaedah urutan menegak , pusingan (circular) atau “wedge” boleh digunakan. Pilihlah sistem yang anda terasa sesuai untuk anda dan gunakan kaedah yang sama setiap kali. Periksalah untuk benjolan.
Jangan lupa memeriksa seluruh payudara dan ketiak. Puting patut diperiksa untuk lelehan tetapi jangan menekan payudara dan puting terlalu kuat untuk mengeluarkan lelehan.

Tukarkan bantal ke bawah bahu kiri untuk memeriksa payudara kiri dengan tangan kanan anda.



  • SEMASA MANDI
Semasa sedang mandi,anda mungkin ingin melakukan PSP. Tangan yang bersabun menyenangkan pergerakan anda apabila merasai payudara anda untuk benjolan. Tetapi, ini merupakan langkah ekstra dan tidak patut menggantikan PSP cara berbaring.




SELAMAT MENCUBA DAN JANGAN LUPA UNTUK AMALKAN NYE!!






HAK CIPTA TEPERLIHARA OLEH SALMIZALEOMAMA-MIZA!!

1 comment:

  1. http://colourshidup.blogspot.com/2011/04/jom-joint-mamachia-1st-give-away.html
    jom join

    ReplyDelete