Followers

Monday, January 16, 2012

Penjagaan Tali Pusat Bayi



Hari ini genap 2 mggu usia bb syahir..
Akhirnye tali pusat bb syahir tanggal jgk..
Mmg lambat, x mcm safwan ari ke 6 tali pusat dia dh tanggal..
2 kali s'hari aku cuci tali pst bb syahir spy cpt skit tali pst dia tggl..
Jom kite kongsi tip penjagaan tali pusat bayi...


Tali pusat bayi baru lahir berwarna putih kebiruan.. Selepas kelahiran tali pusat akan dipotong hingga tinggal kira-kira 1-2inci. Tali pusat yang tinggal itu akan kering dan kerepot serta gelap dan akan jatuh dengan sendiri selewatnya dalam 3 minggu.. 

Cara Penjagaan

1- Pastikan ianya bersih.
- Bersihkan dengan 'spirit' yang dibekalkan olah pihak hospital.
- Pastikan tangan anda bersih dan bebas dari kotoran dahulu sebelum mengendalikannya.. Pegang dengan jari hujung tali pusat/clamp dan lap kering menggunakan bebola kapas. Bagi kawasan yang agak dalam anda boleh menggunakan cotton bud.

2- Biarkan ia kering.
- Dedahkan tali pusat untuk pastikan ia kering dari akar iaitu kawasan yang bersambung dikulit.
- Pastikan lampin bayi tidak menutupi tali pusat.
- Sekiranya basah terkena air kencing cuci dengan segera dan lap kering..

3- Biarkan ia gugur dengan sendiri.
- Cuba untuk bendung keinginan untuk menarik tali pusat walaupun ia terjuntai seperti seurat benang..

4- Jangan sapu sebarang ubat-ubatan tanpa nasihat Doktor..

Tanda-Tanda Jangkitan

Semasa tempoh pemulihan agak normal sekiranya tali pusat kelihatan keras atau terdapat darah kering padanya tetapi jika terdapat tanda-tanda seperti dibawah anda disarankan membawa bayi berjumpa doktor dengan segera.

- Kelihatan kemerahan dan bengkak
- Berdarah tanpa henti
- Keluar nanah
- Mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan
·       
 3.    




HAK CIPTA TEPERLIHARA OLEH SALMIZALEOMAMA-MIZA!!

No comments:

Post a Comment