Followers

Tuesday, July 10, 2012

Adap menjaga makan dan cara makan mengikut islam

Islam hanya membenarkan penganutnya memakan makanan-makanan yang baik-baik dan menjauhi makanan yang keji, kotor dan memudaratkan. Allah memerintah di dalam al-Quran:-
"Wahai orang-orang yang beriman! Makanlah dari makanan yang baik-baik yang telah Kami berikan rezki kepada kamu dan bersyukurlah kepada Allah, jika betul kamu hanya beribadat kepadanya"
(al-Baqarah : 172)

"Ia menghalalkan bagi meraka segala yang baik-baik dan mengharamkan ke atas mereka segala yang keji"
(al-A'raf : 157)

1)Membaca Bismillah sebelum makan dan makan dengan tangan kanan.

Sabda Rasullah s.a.w. : "Bacalah Bismillah dan makanlah dengan tangan kananmu dan yang hampir kepadamu" ( Riwayat Bukhari dan Muslim)

Seorang sahabat bernama Umayyah bin Makhsyi r.a. menceritakan : "Rasullah s.a.w. sedang duduk dan seorang lelaki sedang menikmati makan di depan baginda. Beliau tidak menbaca Bismillah sehinggalah apabila makanan hanya tinggal sesuap sahaja lagi (barulah ia teringat), lalu ketika mengangkat suapan itu ke mulutnya ia membaca "Bismillahi Awwaluhu wa Akhiruhu". Lalu Rasullah s.a.w. ketawa sambil bersabda ; (Dari ia mula makan, Syaitan telah makan bersamanya. Namun ketika dia menyebut nama Allah, syaitan terpaksa memuntahkan segala isi perutnya".
(Riwayat Abu Daud dan an-Nasai)

Berkata Ibnul-Qayyim al-Jauziyah; "Menbaca Bismillah di permulaan makan dan minum dan mengucapkan al-Hamdulliah di akhirnya memberi kesan hebat terhadap manfaat makanan dan menolak kemudaratannya".
(Zabul-Ma'ad, jil 4, hlm 232)

2) Jangan makan dan minum berlebihan.

Allah berfirman; "..dan makanlah serta minumlah, dan jangan pula kamu berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak suka orang-orang yang berlebih-lebihan(membazir)".
(al-A'raf : 31)

Rasullah s.a.w. bersabda; "Tidak ada kantung yang dipenuhi oleh anak Adam yang lebih buruk dari perutnya. Cukuplah seorang anak Adam itu makan dengan kadar beberapa suap makanan untuk menegakkan tulang sulbinya. Jika tidak dapat dielak, maka jadikan 1/3 dari kantung perutnya untuk makanan, 1/3 untuk minuman dan 1/3 bagi untuk pernafasan".
(Riwayat imam an-Nasai, Ibnu majah dan at-At-Tirmizi dari al-Miqdam bin Ma'diyakrib)

menurut Ibnul-Qayyim, menikmati makanan itu ada tiga tahap iaitu tahap keperluan, tahap mencukupi dan tahap lebihan. Tahap pertama(keperluan) ialah makan sekadar beberapa suap untuk mengekalkan kekuatan badan. Tahp kedua(mencukupi) ialah makan sehinggan 1/3 bahagian perut. Tahap ketiga(lebihan) pula ialah makan melebihi had 1/3 tersebut. Menurut beliau; memenuhkan perut dengan makanan akan mendatangkan mudarat kepada hati dan badan.
(Zadul-Ma'ad, jil 4, hlm 18)

3) Duduk dengan betul.

Duduk dengan betul membantu proses penghadaman. Terdapat dalam hadis menceritakan; "Sesungguhnya Rasullah s.a.w. melarang seseorang makan sambil ia meniarap".
(Riwayat Ibnu Majah, abu Daud dan Nasai dari Abdullah bin Umar r.a)

4) Jangan tidur selepas makan.

Terdapat dalam hadis; "Rasullah s.a.w. melarang tidur selepas makan dan sesungguhnya perbuatan itu mengeraskan hati".
(Riwayat Abu Nu'aim, Zadul-Maad, jil 4, klm 223)

Terdapat hadis mneyebutkan; "Hancurkan makanan kamu dengan solat dan janganlah kamu tidur selepas makan, nescaya hati kamuakan keras"
(Riwayat Imam at-Thabrani dan Ibnu sunni dari Aisyah r.a.).

5) Jangan bernafas ke dalam bekas minuman.

Abu Said al-Khudri menceritakan; Rasullah s.a.w. melarang minum dari bekas yang pecah dan melarang bernafas di dalam bekas air"
(Riwayat Abu Daud)

Abu Qatadah r.a. menceritakan; "Rasullah telah melarang seseorang bernafas dalam bekas minumannya".
(Riwayat Bukhari dan Muslim).

6) Jangan dihabiskan minuman dengan satu teguk.

Rasullah s.a.w. bersabda; "Janganlah kamu minum dengan satu teguk seperti cara minumnya unta. Akan tetapi minumlah dengan dua atau tiga teguk. dan sebutlah 'Bismillah' bila kamu hendak minum dan katalah 'Alhamdulillah' bila kamu selesai".
(Riwayat Tirmizi)

7) Janhan gopoh-gapah ketika makan atau minum.

Ketika makan atau minum hendaklah dalam keadaan tenang dan tidak gopoh atau gelojoh. Sabda Rasullah s.a.w.; " Apabila kamu minum air, minumlah dengan lembut dan perlahan-lahan dan janganlah meneguknya secara kasar(secara sekaligus tanpa henti hingga kenyang) kerana ia boleh mendatangkan sakit dada". 
(Riwayat Imam ad-Dailami dari Saidina Aki r.a.

8) Makan secara berjemaah.

Rasullah s.a.w. bersabda; "Makanan yang paling disukai Allah ialah yang banyak tangan (yakni dimakan beramai-ramai)". 
(Riwayat Imam abu Ya'la, Ibnu Hibban dan al-Baihaqi dari Jabir r.a.

9) Jangan biarkan makanan terdedah.


Hendaklah menjaga kebersihan makanan dan minuman. Janganlah biarkannya terdedah kepada debu-debu, seranga-seranga atau udara terbuka kerana ia boleh mendatangkan penyakit. Sabda Rasullah s.a.w.; "Tutuplah wadah(yakni bekas makanan, ikatlah bekas minuman(botol air atau sebagainya), kuncilah pintu-pintu rumah dan padamkanlah lampu kerana sesungguhnya syaitan tidak boleh membuka simpul bekas minuman, tidak boleh membuka pintu dan tidak berupaya membuka wadah makanan. Jika seorang dari kamu tidak menemui sesuatu untuk menutup makanan makanannya melainkan dengan melintangkan kayu di atasnya dan membaca Bismillah, maka hendaklah ia melakukannya...".
(Riwayat Imam Muslim dan Ibnu Majah dari Jabir r.a.

10) Jangan makan makanan yang masih panas.

Ketika minum seelok-elok air itu dalam keadaan suhu sederhana iaitu tidak terlalu panas atau terlalu sejuk kerana minuman yang terlalu panas atau terlalu sejuk boleh menjejaskan kesihatan. Juwairiyah r.a. menceritakan; " Nasi s.a.w. tidak suka memakan makanan yang panas hinggalah kepulan asapnya(yakni telah menjadi sejuk)".
(Riwayat Imam at-Thabrani).


HAK CIPTA TEPERLIHARA OLEH SALMIZALEOMAMA-MIZA!!

No comments:

Post a Comment